Friday, December 18, 2009

perkara yang tak patut anda buat di tempat kerja

1. mengampu bos, anak bos dan yang seangkatan dengan bos
2. berlagak seperti bos..sibuk beri arahan kat rakan2 sekerja anda..melebihkan bos plak (bikin panas!)
3. sekiranya tempat kerja anda sering berurusan dengan pembekal (supplier), jangan menggatal @ menggedik2 dengan wakil supplier tersebut (merujuk kepada staf perempuan)
4. sekiranya ada customer yang membuat silap, jangan maki hamun customer tersebut (i mean speak it louder..kalo dalam hati xpe kot) lebih2 lagi dihadapan customer lain. kalo nak kutuk pun, pandai2 la cover time xde customer
5. sila berikan senyuman yg ikhlas dihadapan customer dan rakan sekerja...bukan ngan bos dan angkatannya sahaja
6. jangan bertepuk tampar @ gurau senda berlebihan yg melibatkan body contact dengan staf lelaki (merujuk kepada perempuan) terutamanya anda telah pun mengetahui mereka adalah tunang org @ suami org..pakwe org pun xpayah la..(kesimpulannya tak perlu!)
7. apabila berborak dengan rakan sekerja sejantina (merujuk kepada perempuan), tak perlu anda asyik highlight yg anda ni HOT sgt..encik A minat, encik B suka, encik C berkenan ngan anda....dan seterusnya...(bosan tau tak!)
8. tak perlu expose sgt yang anda ni sudah ada teman lelaki @ HOT sangat..berkepit setiap masa ngan handphone anda..message masuk tak putus2..sibuk nak mereply..bergayut lagi... even time customer ada..(org lain pun ada boyfriend gak!)
9. tak perlu anda iri hati dengan kelebihan rakan sekerja anda (terutamanya sesama staf perempuan)
10. jangan sesekali anda memburuk2 kan rakan sekerja anda dihadapan bos dan seangkatan dengan bos..walaupun depan beliau anda sangat lah baik (hmmmm....)
11. pura2 baik dengan staf yang ada kenderaan bila tiba waktu makan..sebab anda takde kenderaan nak pegi kedai beli makanan..
12. jadi batu api sekiranya ada dikalangan staf yang berselisihan faham (memang tak patut!)
13. bercakap kasar @ kesat @ yang tak enak didengar dengan rakan sekerja...dengan bos dan angkatannya takde plak camtu..(plastik sgt!)
p/s : kepada cik singa, saya tak pernah berniat untuk menyaingi anda dalam semua aspek. saya ikhlas dtg untuk mencari rezeki yg halal..sekian.