Sunday, August 22, 2010

Dari kerana mata


Entry kali ni tentang tempat kerja baru aku
Belum cukup sebulan, tapi pelbagai perkara menarik yang berlaku
Sehingga kini aku gembira bekerja disini
Walaupun banyak perkhabaran yang kurang enak
tak kurang juga yang mempersoalkan keputusan aku
Namun hati aku lebih tenang bekerja disini berbanding disana
Dugaan disana sangat hebat
Lebih dan kurangnya disana biarlah aku saja yang tahu (",)

Disini,
perkenalan antara rakan sekerja hanya lah melalui sepasang mata
kami memenuhi syarat utk bertugas di dalam kawasan memproses makanan
semua harus ditutup,
hanya mata yang dibenarkan

Menariknya,
baru kini aku sedar, ada mcm2 jenis mata
ada yang sepet
ada yang besar
ada yang redup
dari mata org cuba mentafsir diri kita
kadangkala betul
kadangkala salah

kelakar juga
bila ada rakan yg disangka warga thailand,
hanya kerana matanya yg agak besar
mungkin ada iras orang thailand

aku pun pernah tersalah menduga,
dari matanya seperti perempuan,
bila buka penutup hidung, lelaki rupanya

Bila kami bertemu di luar kawasan kerja,
perkara pertama yang akan aku cuba buat adalah cam mata mereka
kadangkala, aku tak tegur mereka
bukan sebab sombong
tapi aku tak cam muka mereka
aku hanya cam mata mereka! =P

"Dari mata turun ke hati"
betul...untuk situasi kami disini
kami kenal melalui mata, dan menjadi sebuah ikatan persahabatan di hati

"Dari hati baru naik ke mata"
Betul juga..dalam sitasi yang berbeza
Kita mengenali seseorang dr hati budinya, kemudian barulah dipandang rupa parasnya


Jika kasih kerana rupa, akan layu di telan masa
Jika kasih dari hati yang ikhlas, akan kekal hingga ke syurga






kisah awak dan saya



Saya kenal awak dah lama
mula-mula kita kawan macam biasa je
tapi lama-lama kita jadi kawan rapat
selalu juga kita jumpa
dalam kelas...kat kolej...
Saya suka kawan dengan awak
awak baik..peramah..kelakar...

Suatu hari,

Awak : Saya suka awak
Saya : Betul ke main-main ni? (nada tak percaya)
Awak : Betul. Saya serius ni. Dah lama saya simpan perasaan ni.
Saya : Yeke? (masih tak percaya)
Awak : Andai ditakdirkan awak menjadi teman hidup saya, saya sangat bahagia.
Saya : Kelu tak terkata (saya pun!)


Ada orang cakap pada saya,
" Kenapa awak pilih dia, awak layak untuk dapat seseorang yang lebih baik"
Saya hanya tersenyum (",)
Saya yakin dengan keputusan saya, saya tak tersalah membuat keputusan
Kerana...saya kenal dan tahu awak!

Hari berganti hari,

Semua orang dah tahu tentang kita
Saya sangat bahagia menjadi sebahagian dari hidup awak
Hidup saya lengkap bila bersama dengan awak
Terlalu banyak dugaan yang kita berjaya harungi
Terlalu banyak juga kenangan yang telah kita cipta bersama

Tapi...

Awak selalu sibuk, program sana..program sini
(takpe, saya tau semua tu memang minat awak)

Awak selalu tegur saya, itu tak kena...ini tak kena
(awak ni perfectionist sgt la..rimas saya)

Awak bila bad mood, buat tak tau je dengan saya
(bengang betul saya, ingat saya ni tunggul ke)

Kita jarang dapat makan sama-sama
(takpe la, lain kali pun boleh... ada byk masa lagi kan)

Kita jarang dapat keluar jalan2
(awak asyik keluar dengan kawan2 awak je)

Kadang2 perangai awak pelik, saya tak faham
(macam2 buku motivasi saya baca, supaya dpt faham awak)


Awak selalu takde disisi saya
tapi sebenarnya
Awak sentiasa ada ketika saya memerlukan awak

Bila saya takut nak tunggu bas malam2
(awak sanggup temankan saya)

Bila saya takut tiket bas nak balik kampung habis
(awak cepat2 pergi belikan utk saya)

Bila minyak motor saya habis di tengah jalan
(awak datang bawa minyak motor untuk saya)

Bila saya buntu dengan projek tahun akhir saya
(awak yang byk tolong saya)

Bila saya sedih, bad mood
(awak tenangkan saya, sabar dengan kerenah saya)

Bila saya perlukan teman untuk berbicara
(awaklah pendengar yang paling setia)

Walaupun awak selalu buat saya menangis, sakit hati
tapi saya tetap rasa gembira bila bersama dengan awak
rasa sunyi bila awak takde depan mata saya
rindu bila awak jauh

Suatu hari,

Awak : Kita patut berpisah...
Saya : Awak tak sayang saya lagi?
Awak : (Diam)
Saya : Awak sudah ada yang lain?
Awak : (Diam)
Saya : Saya ada buat salah ke?
Awak : Awak takde salah apa2 dengan saya
Saya : Jadi...kenapa?
Awak : Saya sudah ada kehidupan baru, yg akan memberi peluang utk saya mencapai impian & cita-cita saya
Saya : Awak sudah tak perlukan saya lagi?
Awak : Ya, maafkan saya. Saya bahagia dengan pilihan ini
Saya : (Sampai hati awak)
Awak : Kita tetap kawan sampai bila2 kan..
Saya : (Diam)

Saya MARAH BENCI awak!

Namun, apabila saya berfikir sendirian

Saya dah TAK MARAH pada awak lagi
Malah, saya GEMBIRA dengan perubahan diri awak
Allah telah menunaikan permintaan saya

Awak selalu beritahu saya betapa pentingnya impian & cita-cita awak
Awak, Kejarlah impian dan cita-cita awak
Usah menoleh kebelakang lagi!
Peluang belum tentu datang lagi

Saya doakan awak sentiasa sihat dan diberi kekuatan hati
Saya yakin awak pasti akan mencapai apa yang dihajati
Insyaallah

Awak tak perlu risau tentang saya
Saya akan tetap meneruskan hidup saya tanpa awak
Walaupun awak dah lupakan tentang saya
Saya tak mungkin dapat melupakan tentang awak
(saya dah cuba...masih belum berjaya)



"My Life is like a jigsaw puzzle, each person comes into my life is like a piece of it. Thanks for being a piece of my life"

~TAMAT~