Entry kali ni tentang tempat kerja baru aku
Belum cukup sebulan, tapi pelbagai perkara menarik yang berlaku
Sehingga kini aku gembira bekerja disini
Walaupun banyak perkhabaran yang kurang enak
tak kurang juga yang mempersoalkan keputusan aku
Namun hati aku lebih tenang bekerja disini berbanding disana
Dugaan disana sangat hebat
Lebih dan kurangnya disana biarlah aku saja yang tahu (",)
Disini,
perkenalan antara rakan sekerja hanya lah melalui sepasang mata
kami memenuhi syarat utk bertugas di dalam kawasan memproses makanan
semua harus ditutup,
hanya mata yang dibenarkan
Menariknya,
baru kini aku sedar, ada mcm2 jenis mata
ada yang sepet
ada yang besar
ada yang redup
dari mata org cuba mentafsir diri kita
kadangkala betul
kadangkala salah
kelakar juga
bila ada rakan yg disangka warga thailand,
hanya kerana matanya yg agak besar
mungkin ada iras orang thailand
aku pun pernah tersalah menduga,
dari matanya seperti perempuan,
bila buka penutup hidung, lelaki rupanya
Bila kami bertemu di luar kawasan kerja,
perkara pertama yang akan aku cuba buat adalah cam mata mereka
kadangkala, aku tak tegur mereka
bukan sebab sombong
tapi aku tak cam muka mereka
aku hanya cam mata mereka! =P
"Dari mata turun ke hati"
betul...untuk situasi kami disini
kami kenal melalui mata, dan menjadi sebuah ikatan persahabatan di hati
"Dari hati baru naik ke mata"
Betul juga..dalam sitasi yang berbeza
Kita mengenali seseorang dr hati budinya, kemudian barulah dipandang rupa parasnya
Jika kasih kerana rupa, akan layu di telan masa
Jika kasih dari hati yang ikhlas, akan kekal hingga ke syurga
1 comments:
hehehe betol tu.kalo keeje production line.nmpk mata jew. so make up lebey sikit mata.hihikz. dah la sejukk frozen food. best
Post a Comment