Sunday, August 22, 2010

kisah awak dan saya



Saya kenal awak dah lama
mula-mula kita kawan macam biasa je
tapi lama-lama kita jadi kawan rapat
selalu juga kita jumpa
dalam kelas...kat kolej...
Saya suka kawan dengan awak
awak baik..peramah..kelakar...

Suatu hari,

Awak : Saya suka awak
Saya : Betul ke main-main ni? (nada tak percaya)
Awak : Betul. Saya serius ni. Dah lama saya simpan perasaan ni.
Saya : Yeke? (masih tak percaya)
Awak : Andai ditakdirkan awak menjadi teman hidup saya, saya sangat bahagia.
Saya : Kelu tak terkata (saya pun!)


Ada orang cakap pada saya,
" Kenapa awak pilih dia, awak layak untuk dapat seseorang yang lebih baik"
Saya hanya tersenyum (",)
Saya yakin dengan keputusan saya, saya tak tersalah membuat keputusan
Kerana...saya kenal dan tahu awak!

Hari berganti hari,

Semua orang dah tahu tentang kita
Saya sangat bahagia menjadi sebahagian dari hidup awak
Hidup saya lengkap bila bersama dengan awak
Terlalu banyak dugaan yang kita berjaya harungi
Terlalu banyak juga kenangan yang telah kita cipta bersama

Tapi...

Awak selalu sibuk, program sana..program sini
(takpe, saya tau semua tu memang minat awak)

Awak selalu tegur saya, itu tak kena...ini tak kena
(awak ni perfectionist sgt la..rimas saya)

Awak bila bad mood, buat tak tau je dengan saya
(bengang betul saya, ingat saya ni tunggul ke)

Kita jarang dapat makan sama-sama
(takpe la, lain kali pun boleh... ada byk masa lagi kan)

Kita jarang dapat keluar jalan2
(awak asyik keluar dengan kawan2 awak je)

Kadang2 perangai awak pelik, saya tak faham
(macam2 buku motivasi saya baca, supaya dpt faham awak)


Awak selalu takde disisi saya
tapi sebenarnya
Awak sentiasa ada ketika saya memerlukan awak

Bila saya takut nak tunggu bas malam2
(awak sanggup temankan saya)

Bila saya takut tiket bas nak balik kampung habis
(awak cepat2 pergi belikan utk saya)

Bila minyak motor saya habis di tengah jalan
(awak datang bawa minyak motor untuk saya)

Bila saya buntu dengan projek tahun akhir saya
(awak yang byk tolong saya)

Bila saya sedih, bad mood
(awak tenangkan saya, sabar dengan kerenah saya)

Bila saya perlukan teman untuk berbicara
(awaklah pendengar yang paling setia)

Walaupun awak selalu buat saya menangis, sakit hati
tapi saya tetap rasa gembira bila bersama dengan awak
rasa sunyi bila awak takde depan mata saya
rindu bila awak jauh

Suatu hari,

Awak : Kita patut berpisah...
Saya : Awak tak sayang saya lagi?
Awak : (Diam)
Saya : Awak sudah ada yang lain?
Awak : (Diam)
Saya : Saya ada buat salah ke?
Awak : Awak takde salah apa2 dengan saya
Saya : Jadi...kenapa?
Awak : Saya sudah ada kehidupan baru, yg akan memberi peluang utk saya mencapai impian & cita-cita saya
Saya : Awak sudah tak perlukan saya lagi?
Awak : Ya, maafkan saya. Saya bahagia dengan pilihan ini
Saya : (Sampai hati awak)
Awak : Kita tetap kawan sampai bila2 kan..
Saya : (Diam)

Saya MARAH BENCI awak!

Namun, apabila saya berfikir sendirian

Saya dah TAK MARAH pada awak lagi
Malah, saya GEMBIRA dengan perubahan diri awak
Allah telah menunaikan permintaan saya

Awak selalu beritahu saya betapa pentingnya impian & cita-cita awak
Awak, Kejarlah impian dan cita-cita awak
Usah menoleh kebelakang lagi!
Peluang belum tentu datang lagi

Saya doakan awak sentiasa sihat dan diberi kekuatan hati
Saya yakin awak pasti akan mencapai apa yang dihajati
Insyaallah

Awak tak perlu risau tentang saya
Saya akan tetap meneruskan hidup saya tanpa awak
Walaupun awak dah lupakan tentang saya
Saya tak mungkin dapat melupakan tentang awak
(saya dah cuba...masih belum berjaya)



"My Life is like a jigsaw puzzle, each person comes into my life is like a piece of it. Thanks for being a piece of my life"

~TAMAT~



4 comments:

TheBentPencil said...

kenapa ya?
lelaki boleh meninggalkan wanita yang selama ini dibelakangnya untuk mengejar satu cita-cita?

mari saya ceritakan sesuatu.

wanita ini, saya kenal.
lelaki ini juga saya kenal. sama2 satu sekolah. satu hari di tingkatan empat, lelaki ini meluahkan rasa hati.

maka berpacaranlah mereka sebagai couple plaing terindah dalam sekolah. macam2 berlaku tetapi mereka tetap teguh.

namun takdir menyatakan mereka menyambung ke IPT negeri berbeza. si wanita mengejar dunia sains, si lelaki mengejar dunia perniagaan.

semakin lama api cinta itu semakin padam. si lelaki semakin sibuk dalam dunianya sebagai pelajar. semakin lama semakin dia mengelak untuk ketemu. semakin lama dia semakin menjauh.

maka selepas empat tahun berpacaran, si wanita bertanya:

"apakah yang kamu mahu?"

"saya mahukan kebebasan." katanya. dengan itu, mereka berpisah.

wanita menangis. namun dia terus menyambung ke IPTA pula.

si lelaki tamat belajar, sudah bekerja. namun hatinya masih teringat akan si wanita.

diminta saudaranya menjejak semula si wanita di IPTA tersebut, dan alangkah terkejut si saudara pabila ketemu si wanita itu dalam majlis kolej.

dia kini sudah berpunya.

kini sudah tiga tahun sejak pertemuan di majlis itu.

si lelaki masih single, hingga kini.

dengar katanya masih menunggu si wanita.

*maaf kalau terlalu panjang. saja, nak luahkan rasa hati*

paah said...

uiiii cm mendalam je cte ko neh..ade pape ke?? tape...tade jodoh la tu.if btoo die jodoh ko die xlari mane pnyer..komfem dtg balik. :-)

Insan Biasa said...

cik ain,

xpe, aku ada..

I still love u..today, tomorrow, forever..

Che Cha said...

Sedih aku baca aini! Aku paham perasaan ko ni. Uuu~!

Dorang suke start relationship dan dorangla yg end up relationship tu. Uuuu. ceh teringat kat matriks dulu. Sakit jiwa jap aku.

Aini! Jangan risau. Allah ada. Kami as ur cutey friends juge ada. =D We stand by you. hehe.

Jom kite berbuka sama pada 4/9 nih kat dominos taman ekuin. (baru nk kabo sume orang , in progress).

Insya Allah, sumer yg terjadi ni Allah tahu the best tuk diri ko. Maybe Allah dah ready bakal husband yg lebey bagus? kite tatauuu kan. hehehe. ko pon ada kehidupan sndri yg menarik. cita2 n impian. jangan risau. kami ada! penting tu Allah ada.


btw zati, cite ko tu mendalam juge. Tu la dulu buang, pastu nk balik sorry beb. dah ada yg punyer. hehehe.

=D

tapi, kejayaan sorang lelaki biasanye sure ada wanita di belakang (syahduu~ ihix)