Friday, December 18, 2009

perkara yang tak patut anda buat di tempat kerja

1. mengampu bos, anak bos dan yang seangkatan dengan bos
2. berlagak seperti bos..sibuk beri arahan kat rakan2 sekerja anda..melebihkan bos plak (bikin panas!)
3. sekiranya tempat kerja anda sering berurusan dengan pembekal (supplier), jangan menggatal @ menggedik2 dengan wakil supplier tersebut (merujuk kepada staf perempuan)
4. sekiranya ada customer yang membuat silap, jangan maki hamun customer tersebut (i mean speak it louder..kalo dalam hati xpe kot) lebih2 lagi dihadapan customer lain. kalo nak kutuk pun, pandai2 la cover time xde customer
5. sila berikan senyuman yg ikhlas dihadapan customer dan rakan sekerja...bukan ngan bos dan angkatannya sahaja
6. jangan bertepuk tampar @ gurau senda berlebihan yg melibatkan body contact dengan staf lelaki (merujuk kepada perempuan) terutamanya anda telah pun mengetahui mereka adalah tunang org @ suami org..pakwe org pun xpayah la..(kesimpulannya tak perlu!)
7. apabila berborak dengan rakan sekerja sejantina (merujuk kepada perempuan), tak perlu anda asyik highlight yg anda ni HOT sgt..encik A minat, encik B suka, encik C berkenan ngan anda....dan seterusnya...(bosan tau tak!)
8. tak perlu expose sgt yang anda ni sudah ada teman lelaki @ HOT sangat..berkepit setiap masa ngan handphone anda..message masuk tak putus2..sibuk nak mereply..bergayut lagi... even time customer ada..(org lain pun ada boyfriend gak!)
9. tak perlu anda iri hati dengan kelebihan rakan sekerja anda (terutamanya sesama staf perempuan)
10. jangan sesekali anda memburuk2 kan rakan sekerja anda dihadapan bos dan seangkatan dengan bos..walaupun depan beliau anda sangat lah baik (hmmmm....)
11. pura2 baik dengan staf yang ada kenderaan bila tiba waktu makan..sebab anda takde kenderaan nak pegi kedai beli makanan..
12. jadi batu api sekiranya ada dikalangan staf yang berselisihan faham (memang tak patut!)
13. bercakap kasar @ kesat @ yang tak enak didengar dengan rakan sekerja...dengan bos dan angkatannya takde plak camtu..(plastik sgt!)
p/s : kepada cik singa, saya tak pernah berniat untuk menyaingi anda dalam semua aspek. saya ikhlas dtg untuk mencari rezeki yg halal..sekian.

Friday, November 20, 2009

ahlan wasahlan HAFIZ!!

entry kali ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman..
pengalaman manis untuk dikenang..
semua ni gara2 hafiz..hehe..
sape hafiz ni?? mesti korang tertanya2 kan..
camni kisahnya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lepas final exam aritu..
ktorg (budak2 final year foodtech) bizi la sgt ngan persiapan launching..
bley di katakan pagi smpai ke petang wat preparation..(de yg smpai mlm u ollzz..hehe)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nak dijadikan kisah..
2 hari sebelum launching day
malam ahad, kak acik (cosmate saya) ajak saya bermalam di rumah beliau
bersama ngan kak nisya (dah beberapa hari dia stay)
actually kak acik tgh menunggu hari nak bersalin
tapi di atas kekangan launching, dia x dibenarkan pulang...cian..huhu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
malam tu ktorg keluar beli makanan, kak acik sempat hantar draft thesis kat supervisor..
lepas makan2, ktorg pun lepak2 la depan tv
lebih kurang pukul 10.30 malam...
kak acik bagitaw de darah keluar..
dia ajak g hospital..
hati ktorg dah berdebar2..muka dah cuak..(xtaw nak gambarkan perasaan camne..first tyme!)
dalam kekalutan ni, saya ngan kak nisya packing barang2..
baju2 baby, brg2 kak acik
mana yg sempat dicapai and yg sempat ktorg fikir agak2 perlu..
sementara tggu kak nad sampai amek ktorg g hospital
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
on the way nak g hospital..
air ketuban dah pecah
tanda2 nak bersalin pun kak acik dah dapat rasa..
tyme tu, xtaw la nak cakap camne..
kalo org toreh muka ni pun, x berdarah dah kot..cuak gila..
ktorg yg terlebih cuaknya, kak acik rilex jek
rasa nak terbang biar cepat kak acik sampai hospital..hehe..

sementara menunggu ketibaan suami dan keluarga kak acik (dr perak)
ktorg pun menanti dgn sabar kat ruang menunggu..
(pihak hospital patotnya kena sediakan lebih banyak bahan bacaan..ktorg busan gile tggu kat situ..hahaha..)
lebih kurang pukul 1,
kak acik ngan steady nya keluar jumpa kami..
dia bgtaw kena bersalin malam ni jugak
bimbang baby lemas (x sabar2 hafiz ye! hehe)
pesanan dipanjangkan kpd teman2..
terima kasih atas doa nya..=)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lebih kurang pkul 3, suami kak acik sampai
ktorg agak lega sbb ada yg boleh teman kak acik kat dalam
(suami jek bley masuk labour room)
alhamdulillah sejam kemudian
hafiz selamat dilahirkan
syukur yg tak terhingga..=)


kali pertama melihat hafiz (sehari kemudian..)
rasa kagum yg amat sangat
subhanallah
tak sangka dah berjumpa dgn hafiz..
tiap2 hari jumpa kat kelas masih dalam perut mama die..hehe..

kepada HAFIZ AL-HAKIM

(gambar hiasan semata-mata)

semoga menjadi insan yg soleh
yg bisa menjaga keluarga, agama dan bangsa seperti nama mu (",)
insyaallah

sayang hafiz!

p/s : tak sabar nye nak dpt baby sendri..ngeh3..

Friday, November 13, 2009

~INVITATION~

Special invitation to all fellow friends
NEW FOOD PRODUCT LAUNCHING
DATE: 18th NOVEMBER 2009
TIME : 9.00 am - 12.00 pm
VENUE: FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
there are 10 new food products from FINAL YEAR students of Food Science and Technology
p/s: mari dtg tgk produk kami..hehehe..

bahasa hati

bahagia atau derita
ia adalah bahasa hati
Hati yang menentukan sama ada kita bahagia atau derita
tatkala hati manusia basah dengan limpahan RAHMAT NYA
ketika itulah diri menjadi manusia paling bahagia
biarpun tidak banyak yang ada di genggaman
sumber, saifulislam.com

Thursday, November 5, 2009

...ketika cinta bertasbih...

Bertuturlah CINTA
mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
CINTA yang bertasbih
mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada MAHA CINTA
Sudah diubun-ubun CINTA mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih
nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku
merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar
tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala CINTA


~~cintaku sentiasa bertasbih utk-MU~~

Tuesday, October 27, 2009

secebis ingatan (",)

~ Jadilah sahabat yg terbaik utk diri sendiri~
Sekiranya kita berjumpa dgn seseorang yang memiliki karakter dan sifat yg seiras dgn diri kita, kita nak kawan x dgn dia??
jawapan saya adalah "mungkin"
kenapa bukan "semestinya"??
ternyata saya byk kekurangan diri
saya sgt menghargai teman2 yg telah saya miliki
terima kasih kawan2!! (",)

~dare to fail~
jgn mudah putus asa wahai hati
walaupun jalan penuh liku
Sinar pasti menanti di hadapan jalan sana


~yakinlah pada diri~
mintalah petunjuk dari Ilahi
"kadangkala kita suka terhadapnya, tapi ia bukanlah yg terbaik..kadangkala kita benci terhadapnya, tp ia adalah yg terbaik..sesungguhnya DIA lebih mengetahui"



~saya juga menghargai proses nya~
Menghargai perjalanan utk mendapatkan sesuatu juga penting
walaupun hasilnya tidak begitu memuaskan hati
saya sgt berpuas hati sekiranya telah berusaha sebaik mungkin


~utk berjaya di dunia perlukan ilmu, utk berjaya di akhirat juga perlukan ilmu~
saya mahukan kedua-kedua nya
mari kita menuntut ilmu!!
(",)

p/s : minggu pertama exam..

Thursday, October 22, 2009

pekaba??

assalamualaikum..
lama sudah tak post entry kat blog ni..
selalu jugak bukak tgk perkembangan kwn2..
tp xde idea nak post..
minggu ni adalah minggu terakhir pegi kuliah utk sem 7
(cpt la abes..xsabar dah!!)
next week insyaallah akan menduduki final exam..
harap2 sume nye berjalan ngan lancar..insyaallah..ameen~~
3 minggu dlm medan peperangan
(rase gerun pulak..heheh)
harap2 dlm masa yg ada, dptlah digunakan sebaik2 nya..=0

pas exam nanti baru start pikir pasal projek..
sekarang masih belum dpt berfikir lagi~~(SERABUT!!)
huhuhu..
hopefully dpt ciapkan projek tyme cuti nanti..wink2~~

oklah, nak pegi klass prof bad..
got to go~~

we will meet again at the right time
insyaallah

Friday, August 21, 2009

kehadiran mu ku nanti

alhamdulillah
ramadhan kembali lagi
gembira rasa nya hati ni
hati rasa tenang
tenang setenang-tenang nya di bulan ramadhan
~subhanallah~
di kesempatan ini
diri ini memohon ampun dan maaf
sepanjang perkenalan dan pertemuan
andai ada yg mengguris hati
andai ada yg melukakan perasaan
andai ada yg mengganggu emosi
sesungguhnya diri ini
byk kelemahannya
byk kekurangannya
izinkan diri ini memohon ruangan kemaafan
ikhlas dari hati ini
~salam ramadhan~

Wednesday, July 22, 2009

kisah SEJADAH

"Hai, Iblis!", Kiyai berseru
Iblis merasa terusik
"Kau kerjakan saja tugasmu, Kiyai. Tidak perlu kau melarang saya. Ini hak saya untuk mengganggu setiap orang dalam Masjid ini!", jawab Iblis marah
"Ini rumah Tuhan, Iblis! Tempat yang suci, kalau kau mahu mengganggu, kau lakukan diluar nanti!", Kiyai cuba mengusir
"Kiyai, hari ini, adalah hari uji cuba sistem baru"
Kiyai termangu
"Saya sedang menerapkan cara baru, untuk menjerat kaum mu"
"Dengan apa?" tanya Kiyai
"Dengan sejadah!" jawab Iblis
"Apa yang dapat kau lakukan dengan sejadah, Iblis?"
"Pertama, saya akan masuk ke setiap pemilik saham industri sejadah. Mereka akan saya jebak dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan tega memeras buruh untuk bekerja dengan upah yang sedikit, demi keuntungan besar!"
"Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang baru, Iblis?"
"Bukan itu saja Kiyai..." tukas Iblis
"Lalu?" Jawab Kiyai
Iblis menjawab,
"Saya juga akan masuk pada setiap designer sejadah. Saya akan menumbuhkan gagasan, agar para designer itu membuat sejadah yang lebar-lebar"
"Untuk apa?" tukas Kiai
"Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa egois di setiap kaum yang Kau pimpin, Kiyai! Selain itu, saya akan lebih leluasa, masuk dalam barisan solat. Dengan sejadah yang lebar maka barisan shaf akan renggang. Dan saya ada dalam kerenganggan itu. Di situ Saya dapat ikut membentangkan sejadah". jawab Iblis dengan yakin.
Dialog Iblis dan Kiyai terputus seketika
Dua orang datang, dan keduanya membentangkan sejadah
Keduanya berdampingan
Salah seorang memiliki sejadah yang lebar
Sementara yang seorang lagi, sejadahnya lebih kecil
Orang yang punya sejadah lebar tanpa melihat kiri kanan terus sahaja membentangkan sejadahnya
Sementara, orang yang mempunyai sejadah lebih kecil, tidak sedap hati jika harus mendesak jemaah lain yang sudah terlebih dahulu datang
Tanpa berfikir panjang, pemilik sejadah kecil membentangkan saja sejadahnya, sehingga sebahagian sejadah yang lebar tertutup sepertiganya
"Nah, lihat itu Kiyai!", Iblis memulai dialog lagi
"Yang mana?" Kiyai menjawab
"Ada dua orang yang sedang sholat sunnah itu. Mereka mempunyai sejadah yang berbeza ukuran. Lihat sekarang. Aku akan masuk diantara mereka"
Seru Iblis yangkemudian lenyap
Ia sudah masuk ke dalam barisan shaf
Kiyai hanya memperhatikan kedua orang yang sedang melakukan sholat sunnah
Kiyai akan melihat kebenaran rencana yang dikatakan Iblis sebelumnya
Orang lebih memilih menjadi di atas, daripada menerima di bawah
Di atas sejadah, orang sudah berebut kekuasaan atas lainnya
Siapa yang memiliki sejadah lebar, maka, ia akan meletakkan sejadahnya diatas sejadah yang kecil
Sejadah sudah dijadikan Iblis sebagai pembezaan kelas
~masyaallah~

Sunday, June 28, 2009

Kenangan Terindah Di Bumi MPOB

26 Jun 2009 Genaplah 6 bulan kami bermusafir di MPOB dah tiba masa untuk kami meneruskan perjalanan ini

....sekadar cebisan di bumi MPOB.....

Kitorang pegi Pesta Buku 2009

makan-makan yang happening bersama staf2 mpob


lepas penat main bowling, jom kita makan!!!

ready for fight??? ayuhh main bowling!!

jula-juli ku..u all still my best partner ever! 2 bulan tanpa korang...sgt menyedihkan

geng-geng micet

majerin team...comey2 belaka

geli-geli gurlz team

Jejanz team

team2 lab atas


Exclusive view of my lab..i'm gonna miss my lab so much

aku akan sentiasa merindui udara nyaman di bumi MPOB

LET US BE GRATEFUL TO PEOPLE WHO MAKE US HAPPY, THEY ARE THE CHARMING GARDENERS WHO MAKE OUR SOULS BLOSSOM

Wajah Baru

Sempena report LI yang dah siap
hilanglah beban kat kepala selama 6 bulan ni
dengan senang hati nya nak beri award pada diri sendiri
hehehehe
inilah hasilnya
~~~~~tadaaaaa~~~~~
blog ni dah berwajah baru
i really love it
buat dengan penuh semangat
gigih ni berjam-jam mengadap laptop
hopefully u all pon suka gak
kalau tak suka
buat-buat suka je la ek
yang penting rasa seronok sangat
sebab dah lama sangat nak edit blog ni
hehehehe

Saturday, June 27, 2009

Encik Yus dan Encik Su




suatu hari, di sebuah toilet...


Encik Tisu : Hye en yus..kenapa nampak muram jek..ade masalah ke?

(Bley tahan caring gak encik yus ni..)

Encik Berus : Hmmmm...ntah la..aku rasa hidup aku ni malang la..

Encik Tisu :Eh, nape cakap camtu lak en yus..

Encik Berus : Yela..malang betoi nasib aku kena memberus gigi tuan aku tu..dah la busuk bau mulut die..

(merungut..siap mengutuk lagi tu)

Encik Tisu : erk??? Hmmmm...yolah tu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Entry kali maybe nampak pelik..nape la tetiba hal2 kat toilet jadi isu..hehehe..
actually,
bukan nak ajak kwn2 semua berfikir pasal hal2 toilet ni..
tapi apa yg encik su (a.k.a Tisu Toilet) dan encik yus (a.k.a Berus gigi) borak kan tadi..
*********
kdg2
kita merungut dgn kerja kita
bosan...penat
ada jek yg tak kena
berkira bila buat kerja
**********
tapi..
bukan kah allah memberi tanggungjawab tu mengikut kemampuan kita?

**********
lumrah manusia..
memang suka berkata-kata
tapi
buat kawan2 yang di sayangi
lepas ni
cuba lah kita berfikir dulu before mengeluarkan kata-kata
**********
sesungguhnya..
apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita..
adalah kemampuan kita..
setiap org mempunyai tanggungjawab yang berbeza..
hormati tanggungjawab sendiri

pesanan buat diriku jua

Sunday, June 21, 2009

~harap maklum~

blog ni akan berehat untuk sementara waktu
~harap maklum~

Tuesday, June 16, 2009

Memang ALLAH sengaja....

Memang ALLAH sengaja
menemu kan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat
MENJADI PENILAI YANG BAIK
(^_^)
Memang ALLAH sengaja
menemu kan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharap kan pertolongan ALLAH
(^_^)
Memang ALLAH sengaja
menemu kan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA
(^_^)
Memang ALLAH sengaja
menemu kan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita
(^_^)
Memang ALLAH sengaja
menemu kan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalami nya
(^_^)
Memang ALLAH sengaja
menemu kan kita dengan orang yang salah
supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWA NYA
(^_^)
Memang ALLAH sengaja
menemu kan kita dengan orang yang salah
supaya kita lebih faham
bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA APABILA BERSAMA ALLAH
(^_^)
Memang ALLAH sengaja
menemu kan kita dengan orang yang salah
supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMA NYA KEKAL

***Jangan di tangisi apa yang bukan milik mu, tetapi hargailah apa yang telah dimiliki***

Sunday, May 24, 2009

carta muzik minggu ini

PERMATA YANG DICARI ~dehearty~
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatikuDengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
***special dedication to mr.amir....bley jadi lagu tema kita,ok x??hehehe***

Saturday, May 23, 2009

kesibukan yg mencengkam

hampir menjejaki bulan terakhir di mpob
makin byk lak keje rase nye
ni la antara nya

**wat manual operation sume instrument kat lab non-dairy..(adoyai)**

**prepare for sensory test..skang baru nak wat sensory form..maybe wat 2 kali sensory..1st utk different oil..2nd different %inulin**

**microscopic utk ice cream tak siap lagi..naseb bek microscopic utk emulsion pn ramlah tolong wat kan..(thanx sgt pn ramlah..jasamu ku hargai)..total 40 sampel..(haiyaaa..juling mato den)**
**key in sume result (byk gle maa..)**

**start wat report**

**bakal run mesin ice cream yg beso 20 liter tu..hrp2 ada la yg free tyme tu..bley tolong..hehe**

**tyme prepare sampel utk sensory..hrp2 pun ade yg tlg..kna wat pakai mesin ice cream kat demo kitchen tu..(hulurkan tgn..ringankan beban)**
ngeeee
**maybe dpt resepi baru..ice cream from soya...(wahhh..mcm sedap kan..hrp2 jadi la wat)**

dan kemungkinan di bulan terakhir nanti beralih ke institut biosains upm
ada misi penting di situ
misi penting dr supervisor ku
wahhh..semakin dekat ngan kolej
senang la nak balik
hehehehehe

kuatkan semangat aini!!!!!
jgn putus asa
jgn malas2
jgn b'tangguh
(berusaha!!!)

Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru

hari ni hari guru
~16 mei~
mesti ramai cikgu2 di luar sana yg dpr hadiah kan
best nyer dpt hadiah byk2
hehehe
di kesempatan ini
saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI GURU
kepada
my lovely mum (guru pertama saya)
ustaz saufi (yg saya panggil die abah..guru kelas tyme F3)
ustaz mukhtar (ajar syariah..ustaz paling cool kat sbpij)
cikgu annur (guru klas F5..paling sempoi..ajar add math)
ustaz junaidi (ustaz paling hensem..ajar b.arab tinggi..skang dah kawen ngan cikgu annur)
ustazah hasiah (ajar quran sunnah..warden paling garang tp paling penyayang)
cikgu siti (ajar bm..cikgu yg brutal)
miss tai (satu2 nye cikgu berbangsa cina yg tak penah pilih kasih utk ajar anak2 melayu)
miss ju (cikgu bi..paling comey)
dan pada semua guru2 dan lecturer2 yg pernah ajar saya
tak lupa gak pada teachers to be
miss aishah (ustazah ajar bahasa arab)
miss shariana (cikgu kimia)
terima kasih banyak2 kerana sudi memberi tunjuk ajar pada saye
tak pernah jemu membimbing
maaf kan salah dan silap saye andai pernah melukakan hati kalian
semoga segala ilmu yg cikgu2 sume pernah curahkan mendapat keberkatan dariNYA
mohon di halalkan segala ilmu
agar mudah jalan yg bakal kutempuhi nanti
insyaallah
saye doakan cikgu2 sume berada dlm keadaan sihat sentiasa utk terus mendidik anak2 bangsa
hanya DIA yg bisa membalas jasa kalian sume
terima kasih

Friday, May 15, 2009

unforgetable moment with my JLJ..hehe


peristiwa ni berlaku last week
tyme on the way balik keje
agak memalukan la
klaka pon ade
sebab setiap org yg lalu pasti akan memandang
yg kenal saye pasti akan membunyikan hon atau pon tersenyum
mungkin pelik melihat kami tersadai di tepi jln
heheheh
on the way nak balik keje tetiba skuter ego saye kehabisan minyak
oh tidakkkkk!!!
but luckily
saye dah hampir sgt nak sampai kolej
tp berpeluh gak la kalo nak tolak sampai tempat selalu parking
hehe
and luckily saye tak meneruskan hajat utk melalui satu lagi jln nak g stesen minyak
yg mane jln tu sgt lah jam di waktu2 puncak mcm tu
sebenarnye mmg dah plan nak g stesen minyak
tapi tak sangka minyak tu bley abes lak di tgh jln
tersilap perhitungan rupenye
hehehe


...ni la my lovely ego...

gambar hiasan (tp just tambah box kat blakang tu..hehe)

die la yg byk ajar saye erti kesabaran & keyakinan diri


thanx a lot pade my hero yg dtg membawa sebotol minyak
bukan minyak wangi
bukan jugak minyak stearin
tp mesti la minyak petrol kan
hehehe
thanx sgt bcoz selalu bersedia menghadapi kesusahan bersama saye
and sabar melayan kerenah saye ni
hehehe
hopefully my hero akan sentiasa di sisi saye di waktu susah n senang sampai bila2
insyaallah

and pada my pembonceng setia
thanx coz selalu bersama2 berkongsi suka dan duka
meletakkan sepenuh kepercayaan utk bawa die
selalu support saye dari mula2 saye blaja bawak skuter tu kat sini sampai la skang
dah pro gak la
tunggu nak dpt permanent lesen jek ni
hehehe

satu lagi kenangan di bumi upm
...setiap kali melalui tempat tu...
...saye pasti akan tersenyum sendiri...
mengenangkan peristiwa yg agak memalukan tu
dan saye pasti akan sentiase ingatkan diri sendiri
JANGAN LUPA ISI MINYAK!!!
kui3..

Monday, May 11, 2009

kosong


kosong nya lab arini
sunyi sangat duduk sorang2 kat lab arini
tanpa kehadiran en rahman
arini die cuti
paah dan ain dah abes praktikal
selalu lab ni kecoh
de je topik kitorang
kalo ada en rahman lagi gawat
topik2 en rahman selalu nye penuh kontroversi
hehehehe
en rahman dah saye anggap mcm ayah sendiri
kdg2 anggap macam my bestfriend
tak kekok nak wat lawak ngan die
nak wat loyar buruk ngan die pon xkesah
selesa nak wat luahan perasaan ngan die
die akan tekun dgr anak2 die ni mengomel
xpon mengadu
selalu die bagi nasihat kat kitorang
kdg2 bley dipakai
agak bernas gak la nasihat die tu
tapi kdg2 xbley pakai sgt nasihat die
merapu ntah pape
mengarut je lebey
nasihat die sume kitorg dgr..tapi belom tentu kitorng ikot sume
sebab en rahman kate ikot pe yg saye ckp,jgn ikot pe yg saye buat
camne tu??
hahahaha
en rahman ni selalu wat lawak
kdg2 bagi teka-teki la
kdg2 die cerita pasal anak2 dia la
kak long, sabrina, shahmi n anis
kdg2 die bercerita pasal kisah hidup die la
dari die kecik sampai la skang
pengalaman2 die tyme study
dari awek die yg pertama sampai la awek die yg terakhir sebelum die kawen
kitorang bley list out nama2 nye
sume nye dalam kepala jek
(opppsss....hehehe)

en rahman ni seorang yg sangat gigih
die seorang businessman yg berjaya
die tak malu utk mula dari bawah
meminta2 bukan sifat die
meminjam pon sedaya mungkin dielakkan
kecuali perkara2 yg tak mungkin bley di beli dgn cash
dulu die hanya penjual goreng pisang n kacang rebus je
semata2 nak tambah pendapatan
dan ngan keuntungan tu die bley beli kete saga
utk keselesaan keluarga die
how amazing him!!
i really respect cara die
dan sekarang
die bley business ngan untung beribu2
kereta pon dah tukar..wish lagi tu
see..bukan sng nak sng
bukan susah nak susah..
tapi de satu nasihat en rahman yg saye paling ingat
die kate kalo dah ade duit nanti jgn lupa berzakat
baru berkat rezeki tu
takde org yg berzakat akan jatuh miskin
malah makin bertambah lagi rezeki tu..insyaallah
kerana itulah yg die amalkan..
saye akui melalui cerita2 die..=)

dan lagi satu wat kan saya charming sgt kat en rahman
die gigih sambung study walaupon dah berusia
dan tyme tu die dah de 2 org anak dah pon
berjauhan ngan isteri & anak2 demi study kat usm
pastu sambung master plak
dan sekarang isteri die tgh sambung study plak
mampu ke saye nak wat camtu ek kalo saye kat tempat en rahman dan isteri die??
pesan en rahman
"ilmu tu lah harta awak..kalo awak xde ilmu,harta akan habis..tapi ilmu xkan habis.."
sgt mendalam nasihat tu
saye doakan en rahman dpt mencapai impian en rahman nak sambung phd lak..=)

dalam kesibukan die tu
masih lagi ke surau utk solat berjemaah
bilal surau lagi tu kat taman tun hussien onn
buku2 agama menjadi kegemaran die
kalo tanye pasal sejarah peradaban islam
panjang lebar die bley huraikan
sejarah hidup tokoh2 islam pon die bley cerita
kdg2 saye saje bertanye
nanti en rahman akan cerita dgn huraian yg padat dan mudah difahami
so xpayah la saye bace buku2 sejarah yg agak membosankan tu
hehehe
tu belom masuk part sejarah malaysia
sehari suntuk die bley bercerita
ahli meja bulat persidangan parlimen la katekan
tiap2 hari kol 9.30 pg & 4 ptg mesti bersidang
hehehe

di bidang sukan pon tak kurang hebat en rahman ni
lagi2 bowling
malas nak layan kalo die dah berlagak yg die terer bowling
tapi dlm diam hati ni mengakui gak
he deserve for that
die mmg terer
ni kalo die taw mau kembang semangkuk
3 hari 3 malam die tersenyum2
hehehe


kami ngan en rahman pas lawan bowling


thanx en rahman kerana byk beri saye nasihat yg berguna
nasihat2 en rahman byk membantu saye menghadapi realiti sebenar hidup ni
hidup ni mmg tak seindah sangkaan kita
de yg manis
de yg pahit
erti sebenar hidup ini
nice to meet u en rahman (",)

Tuesday, April 28, 2009

maafkan diri ini

maafkan diri ini
andai sering terkasar bahasa
andai sering menyakitkan hati
andai sering mengguris perasaan
andai sering mementingkan diri sendiri
andai sering bertindak terburu-buru & mengikut perasaan
maafkan diri ini

Thursday, April 23, 2009

tetamu cilik dari mersing

sabtu yg lepas
kami menerima kehadiran tetamu cilik dari mersing
~faiz~
berikutan abg pi nye dpt anugerah naib cancelor mlm tu kat hotel equatorial bersama mak ngan abah nye
secara rasmi nye kecik dah di lantik sbgai baby sitter faiz utk hari tu
hehehehe

bermulanya pagi tu
kami ke PESTA BUKU ANTARABANGSA kat pwtc


faiz bersama babysitter nye..abg chik. diapit abg kicap & abg bijan



assistant2 baby sitter yg cute2..heheh

ramai org
byk buku
best sgt

and then malam tu
kami picnic kat putrajaya

pulang dgn hati yg gumbira
dpt meraikan tetamu cilik kami
harap faiz pon gumbira ngan kami
=)

selamat hari lahir

~16 april 2009~



..dari kami...

Monday, April 20, 2009

cheese plant

~15 april~
selesai solat asar ptg tu
saya cepat2 berkemas nak balik
mungkin terlalu letih sbb byk keje aritu
mata sgt mengantuk
hanya katil dlm pale ni
......zzzzzz........
setiba nya kat kolej
3 missedcall dr kecik???
ishk..nape plak ni
"c.ain..ktorg nak g cheese plant ni..nak wat suprise tok najib..arini befday die"
alamak..camne ni..
saya gagahkan diri tok berpatah balik ke mpob
kwn2 yg lain tunggu kat sana before g cheese plant

~taadaaaa~
kek befday najib
secret recipe taw
heheheh

piza n sosej yg dibuat sendiri
sponsored by dr.karimah dan anaknye
maru,kicap,us&ina
lupe lak anak2 ms. ruby yg turut menjayakan
kecik,mus&aifa
hehehe
thanx a lot
sedap korang wat

another sweet memory wif u all
***(,")~(",)***

Friday, April 17, 2009

menghitung hari

sejak kebelakangan ni
slalu sgt menghitung hari
kwn2 dari ukm & micet bakal menghabiskan tempoh praktikal kat mpob
..aifa..
..ina..
..us..
..zaza..
..nurul..
..dani..
..mustakim..
especially partner2 ku yg tersyg
..ain..
..paah..
jula juli lab tenusu
huhuhu
sedih la plak
mesti sunyi ble dorang dah xde
walaupon tempoh perkenalan kte singkat
tapi terasa kukuh ikatannya
byk kenangan indah bersama
semoga ikatan ukhwah yg terjalin di bumi mpob ini kekal sepanjang hayat
insyaallah


The Best Memories
MySpace Graphics




Wednesday, April 15, 2009

rasa???

"susu ni rase manis sgt la.."
"hmm..not bad.tp ok la.."
"hish..xsedap langsung!!!wekk"
"sedapnyer...."

mcm2 ragam kan..
padahal benda yg sama..
tapi berbeza bagi setiap org..
tu la MANUSIA..
de mcm2 ragam..
yg pelik2..
yg xpelik..
yg unik..
yg laen drp yg laen..

kalo dlm subjek sensory evaluation..
selama satu sem ktorg study subjek ni..
dgn tnjuk ajar dr.rose..hehe
dr pengamatan peribadi..
subjek ni sgt la complicated..
cerewet..
perlu penelitian yg rapi..
sume faktor kna amek kire..
faktor dalaman..
faktor luaran..
sumenyer sebab nak elak bias..
tapi..
ble subjek nyer adalah MANUSIA..
mmg xley nak elak bias..totally..
sbb manusia bkn mesin..
bley setting consistency nyer..
kgd2 mesin pon taw penat ble kna kerah..
btoi x??
manusia ade hati & perasaan..
kdg2 tu emosi xmenentu..
kdg2 ble tgh hepy..makanan yg xcedap pon jadi cedap..
contoh la..
ble makan ngan family ke..xpon ngan kwn2 ke..
tetibe rase berselera..
pnh kan rase camtu..
kdg2 tu plak ble tgh marah ke..or tgh xder mood sbb bengkek kat sape2..
hidang la makanan favorite pon..
kfc..pizza..satay..
xder maknenyer..
kan?kan?kan??

ade mase nyer letih nak layan kerenah org..
rimas..
sakit hati..
bengang jek rase..
tapi xkan la nak idop sorang2 plak kan..
xbley2..
so..kna pandai2 la kawal emosi..
byk2 kan bersabar..
kdg2 diri kite sendri pon byk gak kerenah nyer..
sampai xsedar sakit kan hati org len..kan..huhuhu..

the important thing is..
byk2 la bersabar..
renung2 kan dan selamat beramal..(utk diriku jua)
heheheeh...

juz tribute to paah..
smlam die dah berjaya wat sensory utk product susu die..hehe..
congrates..
dah bley msuk super market..ngeh3..
yg merepek lebih2 tu xde kna mengena pon ngan semalam..hahaha
sensory smlam berjln ngan lancar..
dgn bantuan dayah n pn hanirah..thanx a lot..=)